Labels

Monday, April 10, 2017

Kemurungan: Peringkat pemulihan 5


Peringkat 1 dan 2

Peringkat 3 dan 4

PERINGKAT 5. BERTINDAK UNTUK BERUBAH.

Di peringkat ini, mereka mahu bertindak untuk mencapai impian. Ada yang mencari kerja sebagai separuh masa atau sukarela, ada juga yang bertugas sebagai kumpulan sokongan.

Bagaimana orang lain boleh membantu?


  • bantu dia menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada,
  • pantau pencapaiannya supaya realistik dan boleh dicapai,
  • tawarkan sokongan dan sumber bantuan, 
  • berikan sokongan untuk dia melakar matlamat yang baru dan melupakan penyakit,
  • bantu dia mengatasi pemikiran negatif yang datang,
  • galakkan dia untuk bertenang dan menikmati pengalaman.


Mereka sebenarnya mempunyai kuasa untuk mencipta kehidupan yang mereka mahukan. Kemungkinan itu tiada penghujungnya.


Jangan sebut...

Semua ni dalam fikiran awak aje.
Kita semua ada masanya akan lalui seperti ini.
Awak tak apa-apa, jangan risau.
Lihat dari sudut positif.
Kenapa awak ni?
Kenapa tak baik-baik lagi?
Awak ada banyak sebab untuk teruskan hidup, kenapa nak mati?
Saya tak boleh bantu awak.



Sila sebut....

Awak bukan keseorangan (You are not alone in this).
Saya akan bantu awak.
Saya faham penyakit awak ni memang betul-betul wujud, dan sebab itu ia mengganggu pemikiran dan perasaan awak.
Saya mungkin tak faham sepenuhnya tentang penyakit ini tapi saya mahu bantu awak.
Awak amat penting bagi saya. Kehidupan awak penting kepada saya.
Beritahu macam mana saya boleh bantu.
Saya di sini untuk bantu awak. Kita akan lalui bersama.

Selain itu, cuba dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pesakit. Dokumenkan perkara-perkara ini.

1. melalui pakar psikiatri, doktor atau kawan rapat pesakit untuk menangani sebarang krisis diri.
2. minta izin untuk berbincang dengan doktor tentang langkah-langkah pemulihan.
3. rawatan dan ubat-ubatan yang diberi kepada pesakit, termasuk dos atau pemakanan khas untuknya.
4. tanda-tanda amaran yang penyakitnya menjadi bertambah serius dan bagaimana anda boleh membantu.
5. kerja harian yang anda bleh bantu seperti menguruskan kain baju, memasak dsb.

Selain dari ini, berusahalah untuk bersabar, bersopan santun dan beradab dengan pesakit selayaknya. Menunjukkan penghargaan anda terhadap pesakit sebagai seorang teman berbicara itu sudah mampu memberi kekuatan kepada pesakit.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.